VIDEO: Satu Keluarga Nyaris Maut Selepas Dirempuh Honda City Dari Arah Bertentangan



Kemalangan sering terjadi bukan sahaja atas kecuaian diri sendiri, namun ia boleh juga disebabkan oleh sikap sesetengah pengguna jalan raya yang lain.

Menerusi rakaman kamera papan pemuka atau dashcam ini, menunjukkan bagaimana sikap pemandu Honda City membawa dengan terlalu laju hingga hilang kawalan dan hampir saja meragut nyawa sebuah keluarga.

Rakaman itu bertarikh 22 Julai baru-baru ini.

Pada mulanya keluarga berkenaan yang menggunakan lorong kanan sedang memotong sebuah lori treler di Lebuhraya Gambang menuju ke Kuantan.

Namun secara tiba-tiba muncul sebuah kereta Honda City dari arah bertentangan dan terus merempuh masuk laluan mereka.

Kejadian tersebut lantas mengejutkan kesemua ahli keluarga yang berada di dalam kereta itu dan terdengar jeritan, selain ucapan kalimah Allah dan istighfar.

Ternyata Allah SWT masih memanjangkan umur kesemua ahli keluarga di dalam kereta itu walaupun tindakan memandu secara laju seperti yang ditunjukkan oleh pemandu Honda City itu boleh membawa maut kedua-dua belah pihak-http://cintamati14.blogspot.com/

0 Response to "VIDEO: Satu Keluarga Nyaris Maut Selepas Dirempuh Honda City Dari Arah Bertentangan"

Post a Comment