HATI HATI DENGAN TELEKUNG SEKARANG .......... KERANA ?????????????????



TAWAU - Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid memberi peringatan kepada umat Islam untuk berhati-hati dengan telekung yang mempunyai corak yang menyerupai salib.

Mengulas hal itu, Datuk Jainab berkata JAKIM dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah perlu membuat sesuatu tentang perkara itu bagi menjaga kesucian agama Islam. Selain itu beliau juga menyatakan perasaan kecewa kerana telekung itu mula timbul di saat umat Islam bakal mengerjakan ibadah Puasa tidak lama lagi.
  
"Janganlah kita ghairah membeli kerana tertarik dengan warna dan gaya yang cantik tanpa menyedari corak pada telekung itu tidak mengikut syariah," kata beliau memetik laporan dari Bernama.

Selain itu, beliau juga menasihati peniaga agar lebih teliti dengan rekaan telekung yang dijual supaya tidak mencetuskan sebarang isu.

Telekung corak salib sebelum ini menjadi viral di media sosial dan mengundang kerisauan banyak pihak. Dipercayai, telekung itu dihasilkan oleh negara jiran - cintaMati14.bloger.com

0 Response to "HATI HATI DENGAN TELEKUNG SEKARANG .......... KERANA ?????????????????"

Post a Comment