Identiti Pemandu Volkswagen Polo Langgar Kereta Polis Sudah Dikenal Pasti



Semalam menjadi viral dilaman sosial apabila tersebarnya sebuah video yang menunjukkan sebuah kereta jenis Volkswagen Polo telah melanggar sebuah kereta polis peronda dan melarikan diri selepas kejadian berkenaan.

Kejadian tersebut telah disahkan oleh Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur DSP S Markandan menerusi kenyataan kepada sebuah akhbar.

Kejadian tersebut dikatakan telah berlaku oada jam 8.55 pagi semalam di sebuah terowong Jalan Pudu menghala ke pusat bandar.

"Pemandu kenderaan sudah dikenalpasti di mana dia merupakan seorang penuntut kolej yang melarikan diri sejurus melanggar kereta peronda polis."

 "Bagaimanapun penuntut berkenaan telah membuat satu laporan polis selepas kejadian berkenaan" katanya.

Penuntut berkenaan dipercayai telah memandu dalam keadaan khayal dan kini disiasat dibawah pengaruh minuman keras atau dadah. -http://cintamati14.blogspot.com/

0 Response to "Identiti Pemandu Volkswagen Polo Langgar Kereta Polis Sudah Dikenal Pasti"

Post a Comment