MASIH INGAT LAGI PELAJAR YANG BERGADUH PASAL LELAKI ITU?????????????????????????????????????



Masih ingat lagi video yang SK muatnaik beberapa hari lalu tentang pergaduhan antara dua pelajar perempuan kerana berebutkan teman lelaki?

Dikhabarkan Nurul Raihan Rahman, 16 yang merupakan salah seorang daripada pelajar berkenaan telah menghilangkan diri sejak 10 Jun lalu.

Ibunya, Kilijah Abu Bakar, 45 yang mengesahkan hal itu berkata kehilangan anaknya itu disedari sehari selepas mereka sekeluarga pulang dari Langkawi.

Kilijah mendakwa sikap anaknya turut berubah menjadi pendiam, malah tidak ke sekolah sejak empat bulan lalu. Mengulas isu pergaduhan itu, wanita itu memberitahu rakan Nurul Raihan yang memulakannya terlebih dahulu.

“Dia bergaduh dengan rakan kelasnya sehingga terjatuh ke dalam longkang di sekolah ekoran perselisihan faham. 

“Apa yang berlaku itu telah diketahui oleh guru disiplin dan tindakan menukar ke sekolah lain juga telah diambil ke atas rakannya itu. 

“Itu bukan kejadian pertama Nurul diperlakukan sedemikian oleh rakannya. Sebelum ini dia juga pernah mengalami nasib yang sama tetapi tidak seperti kali ini hingga dia terjatuh ke dalam longkang,” ujarnya.

Kilijah berkata mereka sekeluarga kini giat menjejaki Nurul Raihan dengan bertanyakan rakan-rakannya yang lain.

Malah mereka sekeluarga telah membuat stau laporan polis berhubung kehilangan Nurul Raihan di Balai Polis Salak Selatan pada 14 Jun lalu.

Semoga Nurul Raihan dapat berfikir dengan matang tindakan yang dilakukannya ini, malah berfikir tentang keadaan ibunya yang menderita sakit buah pinggang-http://cintamati14.blogspot.com/

0 Response to "MASIH INGAT LAGI PELAJAR YANG BERGADUH PASAL LELAKI ITU?????????????????????????????????????"

Post a Comment