Vanidah Imran Masih Trauma Kereta Dipandu Terbakar




PETALING JAYA: Berikutan kereta Mini Cooper miliknya terbakar, pelakon Vanidah Imran masih lagi trauma dalam kejadian yang berlaku berhampiran plaza tol Serdang menghala ke Sungai Besi kira-kira jam 3 pagi hari Rabu.

Suami aktres berkenaan, Rashidi, ketika dihubungi berkata keadaan Vanidah tidak membimbangkan dan kini dia sedang berehat di rumah.

"Alhamdulillah isteri saya selamat biarpun dia sedikit trauma dengan kejadian itu. Syukur dia sempat keluar daripada kereta apabila bahagian enjin kereta berkenaan tiba-tiba terbakar.

"Vanidah hanya menyedari perkara itu selepas ada pemandu lain memberitahu enjin keretanya berasap sebelum dia berhenti di bahu jalan untuk menyelamatkan diri," katanya memetik laporan dari mStar Online.



Menurut Rashidi, Vanidah dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai penggambaran sebuah drama di Serdang sebelum kejadian berlaku.

Menceritakan kejadian semalam, Rashidi berkata dia terus ke tempat kejadian setelah menerima panggilan dari isterinya dan sejurus tiba, dia mendapati bomba dan Plus sudah berjaya memadamkan kebakaran.

"Seharusnya saya berterima kasih kepada pihak bomba dan Plus kerana kecekapan mereka dalam memadam kebakaran tersebut dan paling penting isteri saya selamat.

"Punca kejadian masih belum diketahui tetapi ia berkaitan dengan masalah teknikal," kata Rashidi. 

0 Response to "Vanidah Imran Masih Trauma Kereta Dipandu Terbakar"

Post a Comment