TERKINI : Khidmat Kereta Api Laluan Pantai Timur Kembali Beroperasi Semula Hari Ini


Gua Musang: Khidmat kereta api laluan Pantai Timur dari Johor Bahru ke Gua Musang secara rasminya telah mula beroperasi kembali hari ini.

Lebih 50 orang penumpang hari ini telah menaiki kereta api berkenaan selepas perkhidmatan KTM tersebut telah ditutup selama tujuh bulan kerana landasan rosak selepas banjir besar melanda Pantai Timur hujung tahun lalu.

Perjalanan pertama selepas dibuka semula bertolak pada pukul 9 malam tadi dari stesen KTMB Johor Bahru di mana pada malam ini juga satu lagu kereta api akan bergerak pada waktu yang sama.

Bagi penduduk Pantai Timur yang mahu pulang beraya ke kampung masih boleh membeli tiket dan menggunakan perkhidmatan tersebut.

Untuk maklumat dan jadual perjalanan orang ramai boleh melawati lamab web rasmi KTMB. 
http://cintamati14.blogspot.com/

0 Response to "TERKINI : Khidmat Kereta Api Laluan Pantai Timur Kembali Beroperasi Semula Hari Ini"

Post a Comment