(Rakaman CCTV) Perompak Bersenjatakan Parang Masuk Rumah Masa Solat Jumaat


Satu rompakan bersenjata telah dilaporkan oleh seorang pengguna Facebook, Azizah Madon ketika waktu solat Jumaat hari ini.

Menurut Azizah Madon, kejadian terbabit berlaku di rumahnya di Rawang. Tambah Azizah lagi, senjata jenis parang turut digunakan oleh perompak yang kelihatan menaiki kereta Estima itu.

Perompak itu dikatakan meletak parang di leher ibunya dan mengejar anak perempuannya Fina. Menurut penjelasan Azizah, Fina berjaya melarikan diri dari perompak yang mengejarnya.

Jelas Azizah dalam ruangan komen lagi, kesemua mangsa selamat tapi masih lagi trauma.

Azizah Madon memuat naik video berkenaan di akaun Facebook miliknya dengan menulis : "Diuji Allah lagi. Perompak masuk rumah semasa orang sibuk nak pergi solat jumaat. Letak parang kat leher mak dan kejar anak perempuan. Alhamdulillah anak terlepas lari dan minta pertolongan. Semgga Allah melindungi kami sekeluarga. Aminnn.."http://cintamati14.blogspot.com/

0 Response to "(Rakaman CCTV) Perompak Bersenjatakan Parang Masuk Rumah Masa Solat Jumaat"

Post a Comment