Bintang Rancangan Elly dan Epit Cedera, Kakak Maut Dalam Kejadian Langgar Lari BMW



KUALA LUMPUR: Kegembiraan lima sekeluarga yang dalam perjalanan pulang ke rumah setelah keluar untuk mengambil baju raya bertukar tragis apabila kereta yang mereka naiki dilanggar lari oleh sebuah kereta BMW di Jalan Kuching di sini.

Kemalangan meragut nyawa anak sulung keluarga terbabit manakala ibu dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dimasukkan ke hospital.

Memetik laporan dari The Star Online, keluarga terbabit dalam perjalanan ke Kampung Baru pada awal jumaat selepas mereka selesai bertemu dengan tukang jahit mereka di Klang.

Pemandu kereta BMW terbabit melanggar belakang kereta Proton Perdana yang dinaiki keluarga berkenaan menyebabkan kereta Proton Perdana terbabit terbabas ke laluan bertentangan.

Menurut Supt Markandan Subramaniam, sebuah bas ekspress kemudian melanggar kereta Proton Perdana itu di bahagian sisi kanan.

Pemandu BMW itu kemudian melarikan diri selepas kejadian.

Pelajar kolej, Farhanna Qistina Supandi(gambar kecil), 21, mengalami kecederaan teruk dan meninggal di Hospital Kuala Lumpur pada 5.45 pagi.

Farhanna Qistina pernah menjadi pelakon tambahan di beberapa rancangan TV.

Adiknya, Farhanna Qismina, bintang rancangan Astro Ceria, Elly dan Epit, cedera ringan dan kini dirawat di hospital
Farhanna Qismina
Anak perempuan bongsu keluarga berkenaan dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Keluarga tersebut sepatutnya pulang ke kampung di Muar Johor hari ini.

DSP Markandan berkata polis berjaya menemukan beberapa cebisan nombor plate kereta BMW yang terlibat.

Mereka kini sedang melihat beberapa rakaman CCTV untuk mengenalpasti pemandu kereta berkenaan. http://cintamati14.blogspot.com/

0 Response to "Bintang Rancangan Elly dan Epit Cedera, Kakak Maut Dalam Kejadian Langgar Lari BMW"

Post a Comment